December 9, 2008

PTPTN dan MARA


Salam semua, semoga anda ceria dan sihat selalu..kepada semua warga KLCTCampus yang tertunggu-tunggu sambungan cerita dari saya tentang perbezaan antara pembiayaan PTPTN dan MARA akan saya terangkan sekarang..

Untuk makluman saudara-saudari, saya sendiri telah memohon dan telah menerima pembiayaan dari MARA..mengapa saya memilih MARA adalah kerana ia dapat membantu mengurangkan beban pembayaran saya diakhir pengajian saya di UUM kelak.

Maksud saya disini, jika saya mengekalkan prestasi ke tahap 3.5 ke atas, kemungkinan besar untuk saya tidak perlu untuk membayar semula pinjaman MARA adalah tinggi..paling tidak mereka akan mengenakan pembayaran balik pinjaman dengan pengurangan 1/2 dari jumlah pinjaman atau lebih..

Sehubungan itu juga, bagi semester yang telah anda bayar menggunakan KWSP sebelum ini, anda layak untuk tuntut ke MARA dan bukan itu sahaja anda akan dibiayai sepenuhnya disamping mendapat duit kocek RM800++ setiap hujung tahun bagi menampung kos buku-buku dan alatan pengajian..ditambah lagi RM300 untuk pembiayaan penyediaan Tesis anda nanti..dengan bantuan begini ia dapat membantu meringkankan bebanan kredit anda..

Bagi pembiayaan melalui PTPTN pula, tidak kurang hebatnya, ia memerlukan kos untuk membuka akaun PTPTN sebanyak RM2000++, dan sudah tentu membebankan si peminjam untuk membuat pinjaman namun walau bagaimanapun tujuan bayaran 2k tersbt adalah btujuan untuk dijadikan pelaburan dan simpanan masa depan..itu lah kelebihannya..

tapi sedikit kurangnya pula adalah pembiayaan yang dibayar biasanya lambat dan tidak dibayar penuh..anda perlu menambah sedikit untuk mencukupkan bayaran yuran pengajian anda setiap semester..

Oleh itu, anda perlu bijak memilih pembiayaan yang lebih menguntungkan anda..jika anda pilih PTPTN anda akan dapat menikmati dividen setiap tahun bagi simpanan yang anda laburkan manakala jika anda memilih MARA anda akan menikmati pengurangan pembayaran semula pinjaman yg anda terima, jadi keputusan di tangan anda..fikir-fikirkan lah..sekian..

0 comments:

Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP