December 1, 2008

Pembiayaan KWSP


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..apa khabar rakan-rakan semua yang masih mengikuti blog KLCTCampus ini..mungkin saudara saudari tertanya-tanya kenapa saya agak senyap kebelakangan ini..

Untuk makluman anda, pada hujung minggu lepas adalah hari pertemuan ke-2 dalam semester saya ini dan saya sibuk menyiapkan assignment-assignment untuk dihantar pada pertemuan tersebut..saya mohon maaf atas tidak dapat bersama dengan anda semua kebelakangan ini..

Untuk minggu ini saya hendak berkongsi pengalaman dan pendapat saya tentang pembiayaan pelajaran dari KWSP untuk tujuan pendedahan kepada anda semua..

Untuk pengetahuan anda, semasa saya mula membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam program PJJ ini, saya telah mengenalpasti sumber kewangan yang perlu saya gunakan untuk menampung pembiayaan pengajian saya..

Tujuan saya menceritakan pengalaman saya ini adalah untuk mengubah persepsi rakan-rakan di luar sana yang mengangap susah hendak sambung belajar kerana perlu memikirkan tentang tanggungan untuk membiayai pembelajaran mereka nanti..

Di awal kemasukan saya ke program PJJ ini bermula dengan imbuhan bonus yang saya terima dihujung bulan dijadikan modal untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah..begitu juga dengan rakan-rakan saya yg lain menggunakan cara yg sama seperti saya..

Setelah saya membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800 dengan menggunakan duit bonus, saya membuat permohonan pembiayaan pendidikan di KWSP melalui Akaun Kedua..Syarat memohon adalah dgn sertakan resit pembayaran pendaftaran yg telah dibuat serta surat pengesahan pendaftaran sebagai pelajar UUM..

Dua minggu kemudian anda akan dibayar oleh pihak KWSP melalui samada cek atau transfer akaun..duit tersebut anda boleh gunakan untuk membayar yuran bagi semester hadapan..begitu lah seterusnya setiap semester..anda tidak perlu risau untuk membayar yuran jika akaun kedua KWSP anda mampu untuk membiayai pengajian anda setiap semester..

Jika anda merasakan jumlah Akaun Dua KWSP anda masih tidak mampu untuk dikeluarkan bagi membiayai semester seterusnya, eloklah anda membuat permohonan pinjaman MARA atau PTPTN..saya cadangkan anda memohon MARA adalah lebih baik..mengapa saya katakan MARA dan bukan PTPTN akan saya terangkan perbezaan antara kedua-dua institusi tersebut di post yang akan datang.

Moderator KLCTCampus

2 comments:

nik fnd December 9, 2008 at 11:25 PM  

salam,
Izinkan saya menambah maklumat mengenai perkara di atas.

Untuk memohon bagi mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP, perkara yang paling penting untuk di titik beratkan ialah memastikan duit di dalam akaun 2 itu mencukupi untuk di gunakan sebagai pembiayaan yuran.

Pemohon boleh memohon supaya KWSP terus membayarkan yuran terus ke UUM dengan menggunakan CEK (atas nama UUM) atau dengan cara seperti yang di sebutkan iaitu membayar dahulu yuran di bank dan kemudian menuntut semula wang pembiayaan yuran tersebut dengan KWSP (menggunakan resit pembayaran.)

Pastikan pemohon melengkapkan borang dan sertakan beberapa dokumen penting yang di perlukan oleh KWSP bagi memudahkan proses kelulusan.

Tempoh masa kelulusan adalah bergantung samada borang atau dokumen yang di sertakan lengkap atau tidak.

Sekian,
harap maklum.

nik
BBA-UUMKL
KWSP Jalan Raja Laut.

Suhaila December 16, 2008 at 11:16 PM  

tima kasih fathymah..biasa la org kerja kwsp mesti tau selok belok nya kan..anywherewhank 4 ur info...

Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP