Mind Map

Ada yang antara bekas-bekas pelajar menengah yang membawa tradisi pembelajaran secara mencipta peta minda ini sehingga ke peringkat universiti masing2..dengan menggunakan teknik peta minda di dalam pembelajaran mereka dapat memahami secara keseluruhan skop dalam sesuatu subjek pembelajaran..
Sehubungan dengan itu, zaman yang serba pantas dengan pembaharuan teknologi sekarang muncul pula sistem peta minda dalam bentuk baru..sekarang ia boleh dibuat dengan hanya menggunakan perisian yang membolehkan kita mencipta peta minda di dalam komputer..
Teknik ini lebih menjimatkan masa dan mempunyai pelbagai simbol dan pelbagai jenis rangka peta minda yang boleh digunakan mengikut kesesuaian..ia akan nampak lebih menarik dari peta minda yang hanya menggunakan secara manual sebelum ini..
Di sini saya telah meng'upload'kan sebuah e-book ringkas berkenaan "12 Cara peta minda yang dapat membantu peningkatan diri"..di dalam ebook ini dapat diringkaskan bahawa peta minda yang disyorkan adalah bukan hanya dapat digunakan oleh pelajar2 tetapi juga oleh pelbagai pengguna seperti ahli perniagaan, pekerja professional dan pekerja2 yang dalam pelbagai bidang..
Ia boleh digunakan merancang sesuatu tugasan, meringkaskan fakta, membuat gambaran, presentasi, mesyuarat, latihan, berkomunikasi, mengingatkan sesuatu dan lain-lain lagi..bagi melihat dan memuatturun e-book dlm bentuk PDF (English Version) tersebut sila klik disini.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mempraktiskan perisian peta minda ini bolehlah memuatturunkan perisian ini yang menawarkan percubaan secara percuma selama 30hari dan gunakan lah sebaik2nya tempoh tersebut untuk dimanfaatkan oleh anda..
--> NovaMind Mind Mapping
2 comments:
Wah... hebatnya skang... Mind map pun dah ader software. Kalo zaman2 aku dulu manual jer... ekekekek
Biasa la kak oii..zaman dah berubah...Malaysia dah maju oOOoo..
Post a Comment