December 17, 2008

Movie Clip

Mari-mari warga KLCTCampus, dengar dan lihat movie clip baru dari artis Malaysia yang famous di Amerika Syarikat..Albumnya telah meletup dan menggegarkan dunia seni di Hollywood..Jangan lepaskan peluang untuk melihat movie clip ini..

--> Klik di sini untuk melihat video tersebut

Nota: Harap anda bersabar ketika hendak 'downloading' movie..pastikan ia 'buffering' hingga 100% sebelum tekan butang 'play'..

Read more...

Welcome Speech

Read more...

December 13, 2008

Memory

Salam warga KLCTCampus..mungkin artikel yang saya tulis ini dapat serba sedikit mambantu anda dalam mengenalpasti tahap memori anda..artikel ini adalah ringkasan yang dibuat oleh saya yang dipetik daripada artikel seorang pemegang rekod negara India yang boleh mengingati beratus-ratus no. tel dalam masa 30 minit dan juga mampu mengenal beratus-ratus raut wajah beserta nama..

sungguh ajaib bukan..namun anda mungkin juga dapat berbuat sepertinya..sama-samalah warga KLCTCampus membaca dan merenungkan seketika artikel saya ini untuk dimanfaatkan bersama..

Maximizing your Memory to Amazing Level

Which type of you? Poor or great memory?

People can be categorizing by two types like poor or good memory that they have, but did you know which type of you? The research told that percentage of world population that has good memory was small. But why it can be happen when sometime we can remember so well in certain time?

The good news is any people in this world got their same capacity of their memory. But why most people agreed to tell that they have poor memory. They looks like has been curse for a life time that they can’t improve they memory.

Every human being has the same mass in the brain. If we look at the brain system, it has two blocks of the brains and inside that has neurons. These neurons contain approximately same number of them in both brains and consists billions of neurons in each human brain.

Just imagine that this neuron has a capable in making more of connections with other neurons. This interneuron connection runs into several trillions and more you generate more connection it get. It’s like make more “processing speed” of the brain. We can summon memory capacity from the brain, that is awesome.

We are not difference in built-in capacity but we difference in utilization levels. That is absolutely no reason to say that people has to suffer from a poor memory. It’s based on afford to make own great memory. The point is anyone in this world has same capacity but how to have amazing memory level is depend on potential in how much positive result that we take out of it.

How do you explain on what you think about some people having good memory and some other people having bad memory? Can you tell that you agreed with that? In fact, there is nothing like that. Each person in this world has some areas of good memory and bad memory. That’s the truth.

Let see for this example, a guy may find too difficult for him to remember where he spends his money everyday. But he may have an excellent memory for facts and figures on football. When we tell something that we forget, people will tend to brand us as a person with a bad memory. Otherwise, people will all praise for his memory, as he can reel off so many facts and figures on football.

In that case, each people got their choice to choose whether they having a good memory or bad memory. If you were that guy, what is your choice? Yeah, I know you will choose good memory type and that is the point.

We have certain weak areas that we should fix it right away. You need to understand that this is only the starting step to improve your memory. That’s mean you need improvement techniques to do that. For using these techniques, it is possible to improve your memory to amazing level.

Read more...

Mind Map

Hello dan salam warga KLCTCampus..Disini saya nak berkongsikan cerita tentang peta minda yang selalu kita buat semasa di bangku sekolah dulu..peta minda ini sangat berguna dalam pembelajaran semasa di peringkat sekolah menengah dahulu..

Ada yang antara bekas-bekas pelajar menengah yang membawa tradisi pembelajaran secara mencipta peta minda ini sehingga ke peringkat universiti masing2..dengan menggunakan teknik peta minda di dalam pembelajaran mereka dapat memahami secara keseluruhan skop dalam sesuatu subjek pembelajaran..

Sehubungan dengan itu, zaman yang serba pantas dengan pembaharuan teknologi sekarang muncul pula sistem peta minda dalam bentuk baru..sekarang ia boleh dibuat dengan hanya menggunakan perisian yang membolehkan kita mencipta peta minda di dalam komputer..

Teknik ini lebih menjimatkan masa dan mempunyai pelbagai simbol dan pelbagai jenis rangka peta minda yang boleh digunakan mengikut kesesuaian..ia akan nampak lebih menarik dari peta minda yang hanya menggunakan secara manual sebelum ini..

Di sini saya telah meng'upload'kan sebuah e-book ringkas berkenaan "12 Cara peta minda yang dapat membantu peningkatan diri"..di dalam ebook ini dapat diringkaskan bahawa peta minda yang disyorkan adalah bukan hanya dapat digunakan oleh pelajar2 tetapi juga oleh pelbagai pengguna seperti ahli perniagaan, pekerja professional dan pekerja2 yang dalam pelbagai bidang..

Ia boleh digunakan merancang sesuatu tugasan, meringkaskan fakta, membuat gambaran, presentasi, mesyuarat, latihan, berkomunikasi, mengingatkan sesuatu dan lain-lain lagi..bagi melihat dan memuatturun e-book dlm bentuk PDF (English Version) tersebut sila klik disini.

Bagi anda yang ingin mencuba dan mempraktiskan perisian peta minda ini bolehlah memuatturunkan perisian ini yang menawarkan percubaan secara percuma selama 30hari dan gunakan lah sebaik2nya tempoh tersebut untuk dimanfaatkan oleh anda..

--> NovaMind Mind Mapping

Read more...

Perancangan Akademik

Salam warga KLCTCampus..hari ini saya ingin berkongsi sedikit hasil kerja saya dengan anda semua..saya telah uploadkan Perancangan Akademik bagi setiap pertemuan bermula pertemuan yg ke-3 hingga ke-5 bagi batch semester 3 BPM untuk dikongsi bersama..

Dengan adanya perancangan ini anda dapat merancang setiap tugasan yang perlu dibuat menjelang pertemuan-pertemuan akan datang nanti..ia serba sedikit dapat membantu anda dalam merancang masa dan target anda..untuk memuatturun Sila Klik di sini.

Walaupun ia hanya untuk rujukan pelajar BPM semester 3 tetapi anda boleh menggunakan format yang sama seperti saya dengan hanya mengubah sedikit kandungan di dalamnya..sila klik link di bawah untuk memuatturun..

--> Perancangan Akademik bagi Pertemuan 3-5 BPM

Read more...

December 9, 2008

PTPTN dan MARA


Salam semua, semoga anda ceria dan sihat selalu..kepada semua warga KLCTCampus yang tertunggu-tunggu sambungan cerita dari saya tentang perbezaan antara pembiayaan PTPTN dan MARA akan saya terangkan sekarang..

Untuk makluman saudara-saudari, saya sendiri telah memohon dan telah menerima pembiayaan dari MARA..mengapa saya memilih MARA adalah kerana ia dapat membantu mengurangkan beban pembayaran saya diakhir pengajian saya di UUM kelak.

Maksud saya disini, jika saya mengekalkan prestasi ke tahap 3.5 ke atas, kemungkinan besar untuk saya tidak perlu untuk membayar semula pinjaman MARA adalah tinggi..paling tidak mereka akan mengenakan pembayaran balik pinjaman dengan pengurangan 1/2 dari jumlah pinjaman atau lebih..

Sehubungan itu juga, bagi semester yang telah anda bayar menggunakan KWSP sebelum ini, anda layak untuk tuntut ke MARA dan bukan itu sahaja anda akan dibiayai sepenuhnya disamping mendapat duit kocek RM800++ setiap hujung tahun bagi menampung kos buku-buku dan alatan pengajian..ditambah lagi RM300 untuk pembiayaan penyediaan Tesis anda nanti..dengan bantuan begini ia dapat membantu meringkankan bebanan kredit anda..

Bagi pembiayaan melalui PTPTN pula, tidak kurang hebatnya, ia memerlukan kos untuk membuka akaun PTPTN sebanyak RM2000++, dan sudah tentu membebankan si peminjam untuk membuat pinjaman namun walau bagaimanapun tujuan bayaran 2k tersbt adalah btujuan untuk dijadikan pelaburan dan simpanan masa depan..itu lah kelebihannya..

tapi sedikit kurangnya pula adalah pembiayaan yang dibayar biasanya lambat dan tidak dibayar penuh..anda perlu menambah sedikit untuk mencukupkan bayaran yuran pengajian anda setiap semester..

Oleh itu, anda perlu bijak memilih pembiayaan yang lebih menguntungkan anda..jika anda pilih PTPTN anda akan dapat menikmati dividen setiap tahun bagi simpanan yang anda laburkan manakala jika anda memilih MARA anda akan menikmati pengurangan pembayaran semula pinjaman yg anda terima, jadi keputusan di tangan anda..fikir-fikirkan lah..sekian..

Read more...

December 3, 2008

Communication 1


Selamat datang ke KLCTCampus, untuk makluman semua, atas permintaan rakan kita yang baru sahaja selesai semester 2, saya telah uploadkan modul Communication 1 bagi subjek Semester 3 untuk rujukan dan persediaan atau sesiapa yang memerlukan khususnya newbie2 UUM PJJ..dalam masa terdekat ini saya akan susulkan modul-modul subjek yang lain dalam semester 3 iaitu subjek Dasar Awam, Organisasi Masyarakat dan Pentadbiran Kewangan..Bagi subjek Pembangunan Masyarakat III saya tidak perlu la mengupload kerana modul ini adalah dari modul semester satu dahulu..sekian..harap anda semua berpuas hati..
-->> Untuk memuatturun modul Communication 1 sila klik disini

Read more...

December 1, 2008

Pembiayaan KWSP


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..apa khabar rakan-rakan semua yang masih mengikuti blog KLCTCampus ini..mungkin saudara saudari tertanya-tanya kenapa saya agak senyap kebelakangan ini..

Untuk makluman anda, pada hujung minggu lepas adalah hari pertemuan ke-2 dalam semester saya ini dan saya sibuk menyiapkan assignment-assignment untuk dihantar pada pertemuan tersebut..saya mohon maaf atas tidak dapat bersama dengan anda semua kebelakangan ini..

Untuk minggu ini saya hendak berkongsi pengalaman dan pendapat saya tentang pembiayaan pelajaran dari KWSP untuk tujuan pendedahan kepada anda semua..

Untuk pengetahuan anda, semasa saya mula membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam program PJJ ini, saya telah mengenalpasti sumber kewangan yang perlu saya gunakan untuk menampung pembiayaan pengajian saya..

Tujuan saya menceritakan pengalaman saya ini adalah untuk mengubah persepsi rakan-rakan di luar sana yang mengangap susah hendak sambung belajar kerana perlu memikirkan tentang tanggungan untuk membiayai pembelajaran mereka nanti..

Di awal kemasukan saya ke program PJJ ini bermula dengan imbuhan bonus yang saya terima dihujung bulan dijadikan modal untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah..begitu juga dengan rakan-rakan saya yg lain menggunakan cara yg sama seperti saya..

Setelah saya membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800 dengan menggunakan duit bonus, saya membuat permohonan pembiayaan pendidikan di KWSP melalui Akaun Kedua..Syarat memohon adalah dgn sertakan resit pembayaran pendaftaran yg telah dibuat serta surat pengesahan pendaftaran sebagai pelajar UUM..

Dua minggu kemudian anda akan dibayar oleh pihak KWSP melalui samada cek atau transfer akaun..duit tersebut anda boleh gunakan untuk membayar yuran bagi semester hadapan..begitu lah seterusnya setiap semester..anda tidak perlu risau untuk membayar yuran jika akaun kedua KWSP anda mampu untuk membiayai pengajian anda setiap semester..

Jika anda merasakan jumlah Akaun Dua KWSP anda masih tidak mampu untuk dikeluarkan bagi membiayai semester seterusnya, eloklah anda membuat permohonan pinjaman MARA atau PTPTN..saya cadangkan anda memohon MARA adalah lebih baik..mengapa saya katakan MARA dan bukan PTPTN akan saya terangkan perbezaan antara kedua-dua institusi tersebut di post yang akan datang.

Moderator KLCTCampus

Read more...
Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP