November 2, 2008

Selamat Datang

Buat pertama kali saya mendapat idea membina blog di sini apabila timbul masalah-masalah di kalangan rakan-rakan kita yang perlukan nasihat, maklumat berkenaan assignment, jadual waktu kuliah, aktiviti-aktiviti pelajar, tips-tips exam yang boleh dikongsi bersama dan persoalan-persoalan yang memerlukan perbincangan.

Di atas permasalahan ini, makluman yang hendak disampaikan agak sukar tanpa kemudahan blog, oleh yang demikian Blog Campus KL ini telah dibina bagi penyelesaian masalah tersebut.

Saya salah sorang daripada pelajar Batch Pertama UUM PJJ KL dalam bidang BPM (Hons) telah mengambil inisiatif untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain tak kira dari batch yang berbeza..saya juga berharap dengan wujudnya blog ini nanti kita dapat memberikan pandangan bernas masing-masing melalui kotak perbualan yang telah tersedia di sebelah kiri..

Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan agar sesiapa yang telah melawat ke blog ini boleh lah serta merta mendaftarkan diri sebagai ahli blog ini agar dapat menampakkan kemeriahan dalam blog ini..

Semoga segala impian kita untuk berbaris bersama-sama bagi mendapatkan segulung ijazah akan termakbul...

Sekian,terima kasih..

Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP