November 11, 2008

Kempen Pelajar Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Selamat Datang ke blog KLCTCampus. Sempena pembukaan pendaftaran pelajar baru UUM PJJ bagi kemasukan Januari 2009 ini saya wakil dari KLCTCampus ingin menjemput kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan ingin memohon boleh memuat turun borang permohonan di bawah :

-->> Borang Permohonan Kemasukan Program Pendidikan Jarak Jauh (UUM) bagi Ijazah Sarjana (Kepujian).

Jangan ragu-ragu dan anda tidak perlu lagi memikirkan masalah masa, kos dan tempat yang menjadi penghalang anda kerana UUM kini telah mempunyai 7 cawangan di sekitar Malaysia iaitu di Sintok, KL, Kota Bharu, Johor Bharu, Kuching,Sabah dan Kota Kinabalu.

Program yang ditawarkan :
-Ijazah Sarjana Pengurusan Awam (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Komunikasi (Kepujian)

Syarat-Syarat Kemasukan :
Calon SPM/SPMV/MCE/SC -Kepujian BM dan 3 Matapelajaran yang lain
-Berumur 21 Tahun ke atas dan
-Lulus ujian kemasukan atau ;
-Mempunyai pengalaman kerja ; atau
Calon STPM/STAM/HSC
-Minimum 3P ; atau

Calon Diploma/Sijil/IPTA/IPTS yang diiktiraf atau

Calon Sijil/Diploma Perguruan
bagi guru yang berkhidmat ; atau

Calon STPM Baru
(fresh)/Matrikulasi perlu memohon kemasukan ke PACE UUM secara berasingan semasa mengisi Borang UPU untuk "back up" jika gagal.

Hantar borang permohonan ke :

Unit Pengajian Luar Kampus,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel : 04 - 928 4906 / 4920 / 4926
Fax: 04 - 928 5779

p/s : Hantar salinan kad pengenalan; sijil-sijil akedemik; sekeping gambar pasport; wang pos/kiriman wang atas nama Bendahari UUM sebanyak RM50 beserta dengan borang permohonan lengkap sebelum tarikh tutup pendaftaran bagi sesi kemasukan berkenaan.

Tarikh Tutup
bagi Sesi Kemasukan Januari 2009 adalah 2 Disember 2008.
Anda juga boleh memohon untuk kemasukan awal bagi Sesi Kemasukan April, Julai dan Okt 2009.

Diharap anda semua telah mendapatkan borang permohonan di bawah :

-->>
Borang Permohonan Kemasukan Program Pendidikan Jarak Jauh (UUM) bagi Ijazah Sarjana (Kepujian).

Marilah bersama-sama menjemput rakan-rakan lain bagi melanjutkan pelajaran di UUM bersama kita dengan memperkenalkan blog KLCTCampus ini agar mereka mendapat informasi-informasi dan bimbingan dari rakan-rakan kita yang lain..

sekian, terima kasih.


Moderator
KLCTCampus

0 comments:

Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP