November 19, 2008

Salam Warga Blog

Selamat Datang ke Blog KLCT Campus..jika anda mempunyai akaun email google anda boleh menjadi ahli blog ini dengan mendaftarkan diri sebagai followers / Ahli Berdaftar di sidebar sebelah kanan anda, dan updatekan gambar profile anda untuk dipaparkan di ruang ahli berdaftar..kepada newbie atau warga Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang masih lagi memikirkan permohonan kemasukan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) anda tidak perlu lagi berfikir panjang kerana ini adalah pelaburan masa depan yang semestinya berbaloi dan kini UUM telah mempunyai 7 cawangan sekitar Malaysia iaitu di Sintok, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Sabah dan Kota Kinabalu. Anda boleh memuat turun borang permohonan tersebut disini. Sebarang maklumat lanjut mengenai tawaran melanjutkan pelajaran program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) boleh lihat di (post link). Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan bantuan-bantuan anda semua dalam menyumbangkan ilmu, idea, kemahiran, maklumat untuk dikongsi bersama-sama kerana itulah tujuan utama blog ini dibina..anggap blog ini seakan milik bersama dan tempat anda mencurahkan idea dan cadangan..jika ada yang bermurah hati untuk memberikan tips, nota-nota yang telah diringkaskan melalui modul, sumber inspirasi, hasil-hasil projek Pembangunan Masyarakat yang hendak dikongsi, kaedah-kaedah pembelajaran yang membantu pelajar lain dan segala bantuan yang ikhlas untuk dipaparkan ke blog ini segera majukan ke email admin kami iaitu di alamat adtechenterprise@gmail.com. atau anda boleh menghantar cadangan, idea dan sumbangan anda di kotak berbual kami dengan sertakan maklumat diri untuk kami hubungi semula dan membuat tindakan susulan..akhir dari kami.. "sumbangan anda pencetus kejayaan di masa hadapan".

Read more...

November 12, 2008

Nota Sem.2

Salam..

Atas permintaan rakan-rakan kita di batch-2, saya sertakan nota-nota pendek bagi subjek Hubungan Etnik, Pengantar Sosial dan Kenegaraan..sila klik link di bawah utk muatturun..

-->> Hubungan Etnik
-->> Kenegaraan
-->> Pengantar Sosial

Untuk makluman saudara-saudari nota pendek bagi subjek Aplikasi Komputer saya tidak sediakan kerana hasil dari midterm sebelum ini soalan-soalan yang keluar hanya lah berbentuk kemahiran komputer atau cara mengendalikan word, excel dan ppoint..

Oleh sebab itu saya tiada inisiatif utk buat memandangkan nota di dalam modul yg disediakan banyak tentang kemahiran dan cara pengguna aplikasi..secara praktikal..

Harap dengan nota2 yang telah dipendekkan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda yang akan menghadapi final exam pada pertengahan bulan November ini..

Kepada Newbie UUM juga boleh lah menggunakan nota ini di semester akan datang..

Sekian, terima kasih


Moderator
KLCTCampus

Read more...

November 11, 2008

Kempen Pelajar Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Selamat Datang ke blog KLCTCampus. Sempena pembukaan pendaftaran pelajar baru UUM PJJ bagi kemasukan Januari 2009 ini saya wakil dari KLCTCampus ingin menjemput kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan ingin memohon boleh memuat turun borang permohonan di bawah :

-->> Borang Permohonan Kemasukan Program Pendidikan Jarak Jauh (UUM) bagi Ijazah Sarjana (Kepujian).

Jangan ragu-ragu dan anda tidak perlu lagi memikirkan masalah masa, kos dan tempat yang menjadi penghalang anda kerana UUM kini telah mempunyai 7 cawangan di sekitar Malaysia iaitu di Sintok, KL, Kota Bharu, Johor Bharu, Kuching,Sabah dan Kota Kinabalu.

Program yang ditawarkan :
-Ijazah Sarjana Pengurusan Awam (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Komunikasi (Kepujian)

Syarat-Syarat Kemasukan :
Calon SPM/SPMV/MCE/SC -Kepujian BM dan 3 Matapelajaran yang lain
-Berumur 21 Tahun ke atas dan
-Lulus ujian kemasukan atau ;
-Mempunyai pengalaman kerja ; atau
Calon STPM/STAM/HSC
-Minimum 3P ; atau

Calon Diploma/Sijil/IPTA/IPTS yang diiktiraf atau

Calon Sijil/Diploma Perguruan
bagi guru yang berkhidmat ; atau

Calon STPM Baru
(fresh)/Matrikulasi perlu memohon kemasukan ke PACE UUM secara berasingan semasa mengisi Borang UPU untuk "back up" jika gagal.

Hantar borang permohonan ke :

Unit Pengajian Luar Kampus,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE),
Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel : 04 - 928 4906 / 4920 / 4926
Fax: 04 - 928 5779

p/s : Hantar salinan kad pengenalan; sijil-sijil akedemik; sekeping gambar pasport; wang pos/kiriman wang atas nama Bendahari UUM sebanyak RM50 beserta dengan borang permohonan lengkap sebelum tarikh tutup pendaftaran bagi sesi kemasukan berkenaan.

Tarikh Tutup
bagi Sesi Kemasukan Januari 2009 adalah 2 Disember 2008.
Anda juga boleh memohon untuk kemasukan awal bagi Sesi Kemasukan April, Julai dan Okt 2009.

Diharap anda semua telah mendapatkan borang permohonan di bawah :

-->>
Borang Permohonan Kemasukan Program Pendidikan Jarak Jauh (UUM) bagi Ijazah Sarjana (Kepujian).

Marilah bersama-sama menjemput rakan-rakan lain bagi melanjutkan pelajaran di UUM bersama kita dengan memperkenalkan blog KLCTCampus ini agar mereka mendapat informasi-informasi dan bimbingan dari rakan-rakan kita yang lain..

sekian, terima kasih.


Moderator
KLCTCampus

Read more...

November 2, 2008

Selamat Datang

Buat pertama kali saya mendapat idea membina blog di sini apabila timbul masalah-masalah di kalangan rakan-rakan kita yang perlukan nasihat, maklumat berkenaan assignment, jadual waktu kuliah, aktiviti-aktiviti pelajar, tips-tips exam yang boleh dikongsi bersama dan persoalan-persoalan yang memerlukan perbincangan.

Di atas permasalahan ini, makluman yang hendak disampaikan agak sukar tanpa kemudahan blog, oleh yang demikian Blog Campus KL ini telah dibina bagi penyelesaian masalah tersebut.

Saya salah sorang daripada pelajar Batch Pertama UUM PJJ KL dalam bidang BPM (Hons) telah mengambil inisiatif untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain tak kira dari batch yang berbeza..saya juga berharap dengan wujudnya blog ini nanti kita dapat memberikan pandangan bernas masing-masing melalui kotak perbualan yang telah tersedia di sebelah kiri..

Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan agar sesiapa yang telah melawat ke blog ini boleh lah serta merta mendaftarkan diri sebagai ahli blog ini agar dapat menampakkan kemeriahan dalam blog ini..

Semoga segala impian kita untuk berbaris bersama-sama bagi mendapatkan segulung ijazah akan termakbul...

Sekian,terima kasih..

Read more...

Pembukaan Blog Baru

Assalamualaikum, hello kawan2..selamat datang ke blog saya..di sini anda semua akan didedahkan dengan infomasi2 yang mungkin berguna dan juga bantuan rakan-rakan seperjuangan kita yang akan membantu anda..rajin-rajin lah melihat dan post kan ke blok ini kay..chow cin cow..

Read more...
Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP