February 5, 2009

Jemputan Kawin

Assalamualaikum, selamat sejahtera..

Alhamdulillah, saya telah selamat menjalani majlis pernikahan yang telah berlansung pada 26 Januari 2009 yang lepas. Kami sekarang telah bergelar suami isteri tapi masih belum bersanding..kira nikah gantung la beb, hehe..majlis persandingan kami akan ditetapkan pada 7 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Kg. Cherok Kelubi, Kg. Sungai Pasir, Sungai Petani, Kedah..jauhkan..wahaha..takpela dah jodoh nak buat camne ye dak..sebarang maklumat dan peta ke majlis persandingan kami akan saya postkan di blog all-about-eddy.blogspot.com atau klik pada link tersebut yang berada di link utama bawah header blog KLCTCampus..di jemput semua warga yang mengenali saya dapat memeriahkan lagi majlis persandingan kami ini..juga untuk makluman, blog terbaru all-about-eddy.blogspot adalah blog yang baru sahaja dibuat oleh saya untuk tujuan peribadi dan masih dalam proses membaikpulih blog..walau bagaimanapun blog tersebut masih boleh dilawati..di situ saya telah masukkan gambar2 pernikahan kami berdua untuk dikongsi bersama anda semua..sila klik di sini untuk melawat terus ke blog saya all-about-eddy.blogspot

Read more...

Assignmt Sem. 3

Salam dan selamat sejahtera to all member KLCTCampus dan viewer2 sekalian,

Sekali lagi saya telah terpanggil dengan permintaan junior2 yang asyik pening dengan tugasan-tugasan yang hendak dibuat terutamanya bagi tugasan Dasar Awam yang pensyarahnya agak tegas dan menugaskan anak muridnya menyediakan tugasan yang agak rumit..hehe..biasalah saya juga merasakan benda yang sama seperti kalian semua bila terima tugasan tersebut..tapi sekarang saya dan rakan2 senior yg lain telah melepaskan nafas lega kerana telah melepasi tugasan tersebut dan sekali gus mengangap semester 3 adalah semester yang paling sibuk dgn tugasan-tugasan yang banyak dan memeningkan setakat ini..

Baiklah mungkin dengan saya memuatnaik tugasan-tugasan saya bagi setiap subjek BPM ini dapat sedikit sebanyak membantu rakan-rakan kita yang sedang melalui rintangan yang sama seperti saya..

Bagi junior semester 1 yang baru 1st time hendak membuat assgnment bolehlah juga berkongsi untuk dijadikan rujukan dari segi format dan idea2nya..

Saya telah berikan contoh assignment saya bagi subjek communication 1 (Writing Essay), Pentadbiran Kewangan (Pengurusan Kewangan di Malaysia), Dasar Awam (Home Quiz - Dasar dan Teori Dasar serta Isu Dasar - Rasuah), Organisasi Masyarakat - Isu Sistem Kuota dalam IPTA..mungkin salah satu tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyediakan tugasan anda...Klik Disini

Saya juga telah sediakan arahan2 dalam bentuk slideshow di bawah bagi pelajar yg agak sukar atau tidak tahu untuk memuat turun contoh2 assignmnet tersebut..

Read more...

February 3, 2009

Cari Jurnal di Blog


Atas permintaan dari ahli2 baru UUMKL, saya telah sediakan panduan untuk anda mencari jurnal di laman blog ini dengan mudah melalui slide di atas..langkah 1-11 adalah dirujuk :
1 - Klik link e-Library yang berada di header blog KLCTCampus.
2 - Klik pada Icon e-Resources atau click here di bawag icon tersebut.
3 - Masukkan No Matrik anda dan No IC anda di kotak yang telah disediakan.
4 - Sila Klik pada butang Log In.
5 - Senarai jenis database dari dalam dan luar negara.
6 - Klik ERIC (EDUCATION RESOURCE INFORMATION CENTRE) bagi pencarian jurnal di luar negara.
7 - Masukkan kata pencarian, contoh "public policy".
8 - Klik pada butang search.
9 - Hasil jumlah pencarian yang diperolehi.
10 - Anda boleh klik pencarian mengikut bilangan dan aturan.
11 - Contoh bilangan 7 ( Public Policies and Suicide Rates in the American States).
Makluman : ada jurnal yang boleh kita lihat secara fulltext dan ada yang perlu meminta permision atau mbuat pembelian dari publisher. Jadi saya sarankan buat pencarian jurnal pada database yg lain seperti yang terdapat di langkah 5 berulangkali untuk mendapat jurnal yang mengandungi fulltext..tq harap panduan ini dapat membantu kepada pelajar2 baru..

Read more...
Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP