January 16, 2009

NSTP Fund

Salam warga KLCTCampus..

Seperti yang telah anda lihat di televisyen2 keadaan rakyat Palestin yang sangat menyentuh hati setiap warga Malaysia dan seluruh dunia yang sekeras-kerasnya mengecam tindakan kejam rejim zionis terhadap Gaza..saya cukup bersimpati dan tergerak hati saya untuk mengambil bahagian dalam kempen tabung rakyat Gaza anjuran NSTP bagi membantu meringankan beban mereka. Saya mengalu-alukan semua rakyat samada warga korporat, organisasi dan rakyat serta warga KLCTCampus agar bersama-sama menyumbang sedikit bantuan ke tabung ini. Bantuan boleh disalurkan melalui 3 cara iaitu dengan cara 'bank transfer'ke akaun Maybank 514105-320501 di bawah nama NSTP Fund for Gaza; atau boleh hantar sumbangan melalui cek atas nama NSTP Fund for Gaza ke alamat NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau sumbangan boleh dihulurkan secara wang tunai ke Kaunter NSTP melalui alamat tadi..saya menyeru agar semua rakyat yang berkemampuan dapat menghulurkan bantuan. Segala bantuan anda semua sentiasa akan dikenang dan hanya tuhan dapat membalasnya.

Read more...

January 10, 2009

Sibuk Urus Kawin

Selamat Sejahtera semua warga KLCTCampus, harap masih sihat dan masih setia dalam mengikuti laman blog ini. Buat masa ini saya jarang memberikan post-post baru kerana sibuk dengan urusan perkahwinan saya..maklumlah masih bujang tak sabar nak kahwin ni..umur pun dah nak lanjut..huhu..

Saya akan bernikah dengan bakal isteri saya pada 26 Januari 2009 (Isnin) bersamaan dengan Cuti Tahun Baru Cina..tempat yang menjadi tempat untuk saya mengakadkan nanti akan dibuat di Masjid di Kampung Pasir, Sungai Petani..dan bersanding pada 7 Mac 2009 (Sabtu)..

Mungkin anda tertanya2 siapa atau mungkin rakan2 saya yg sama batch dengan saya mungkin kenal bakal isteri saya ini..gambar sebelah saya ni la bakal isteri saya..doakan lah kami bahagia ye..jika sapa yang bekesempatan untuk hadiri majlis persandingan saya nanti amatlah saya alu-alukan dan hargai..kedatangan anda nanti dapat lagi memeriahkan majlis dan meraikan hari kemenangan saya..Horaiii..goodbye my bachelor..

Read more...
Meh Kongsi

About This Blog

About This Blog

  © Blogger template Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP